Sapura mahu 40% TDC Short Term Notes TDC akan disenarai Kerajaan tidak campur
Last Update:
10 May, 2000
| |
Sapura mahu
kuasai 40 peratus ekuiti Time dotCom Oleh Abdul Halim Yusoff
Berita Harian
29 April 2000
BAGI mengelak menjadi pemegang saham minoriti dengan hanya 2.5 peratus dalam Time
dotCom Bhd (Time dotCom), syarikat yang wujud hasil penyusunan semula Time Engineering Bhd
(Time), Kumpulan Sapura membuat tawaran balas untuk menguasai 40 peratus kepentingan dalam
Time dotCom.
Sapura dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam berkata memandangkan rekod syarikat
dalam sektor telekomunikasi tempatan, ia yakin mempunyai keupayaan meningkatkan nilai Time
menerusi tawaran itu.
Kenyataan itu turut memberikan butiran perbandingan tawaran Sapura dan tawaran sebelum ini
oleh anak syarikat Singapore Telecommunications Ltd (STI), SingTel. Sapura membuat tawaran
beberapa jam sebelum Time dan sembilan anak syarikatnya diberikan lanjutan tiga bulan lagi
daripada kreditor oleh mahkamah semalam. Halangan daripada kreditor di bawah Seksyen 176
tamat semalam.
Sapura berkata, meskipun Time diberikan lanjutan, semua kreditor patut diberitahu mengenai
tawaran Sapura itu dan membuat keputusan tawaran mana yang memberikan lebih nilai untuk
mereka.
Ini selaras dengan objektif skim penyusunan ini untuk memberikan pulangan terbaik
kepada kreditor bukannya memfokus kepada siapa yang patut memegang kepentingan kawalan
dalam Time, katanya.
Tawaran Singtel, menyaksikannya mengambil alih 20.59 peratus kepentingan dalam Time dotCom
dan 14.5 peratus kepentingan Time.
Penganalisis berkata, melihat perbandingan tawaran SingTel dan Sapura, tawaran Sapura
nampak lebih menarik.
Tawaran Sapura membolehkan Time mendapat suntikan RM3.9 bilion yang mana daripada jumlah
itu RM1.4 bilion diberikan secara tunai manakala bakinya RM2.5 bilion diberi dalam bentuk
saham Time dotCom yang boleh terus ditukar menjadi tunai sebaik sahaja syarikat itu
diapungkan.
Sementara tawaran SingTel membolehkan Time mengutip RM2.9 bilion dengan RM1.465 bilion
tunai dan RM1.5 bilion adalah nota kupon sifar. SingTel juga akan memberikan tunai kepada
Renong (syarikat induk Time), RM648 juta.
Bagaimanapun, tawaran Sapura menyaksikan Time dotCom mendapat modal kerja RM420 juta
apabila syarikat itu disenaraikan nanti.
Meskipun tawaran SingTel memberikan lebihan tunai RM650,000 berbanding Sapura, RM1.5
bilion nota kupon sifar SingTel dikatakan akan mengambil masa agak lama untuk ditukar
menjadi tunai.
Januari lalu Time mengumumkan rancangan penyusunan semulanya menyaksikan pengapungan Time
dotCom yang akan mengambil alih semua anak syarikat telekomunikasi termasuk Time Wireless
Sdn Bhd dan Time Reach Sdn Bhd.
Sapura kini memegang 25 peratus kepentingan masing-masing dalam Time Reach dan Time
Wireless. Memandangkan ia juga adalah kreditor Time, mengikut penyusunan semula itu,
Sapura akan memegang 2.5 peratus dalam Time dotCom.
Tawaran Sapura yang nampaknya begitu bersemangat itu menimbulkan pula spekulasi bagaimana
ia akan menjana tunai sebegitu banyak.
Namun demikian, sumber yang rapat dengan Sapura memberitahu, Sapura sudah mendapat surat
tawaran dari Phileo Allied Bank untuk menguruskan pembiayaan bagi tujuan pembelian 40
peratus kepentingan Time dotCom itu.
Mengikut rancangan pengambilalihan Sapura itu, ekuiti pegangan ekuiti Time dotCom tanpa
tawaran am permulaan (IPO) menjadi; Sapura (40 peratus), Time (21 peratus) dan kreditor 39
peratus.
Sementara rancangan SingTel menyaksikan pegangan ekuiti; SingTel 20.59 peratus, Time
(76.48 peratus) dan Sapura (2.57 peratus).
Pada 6 April, SingTel mengumumkan Renong dan Time mengenal pasti SingTel, anak syarikat
STI sebagai pelabur strategik tunggal dan sudah menandatangani perjanjian membolehkan STI
mengambil alih selepas proses ketekunan wajar.
Ketiga-tiga pihak mempunyai tempoh hingga 6 Mei depan untuk menandatangai perjanjian
muktamad berhubung tawaran SingTel itu dan meneruskan dengan perjanjian jual beli. |
Sapura asked to submit final
proposal
NST
05 May 2000
FRI.- Time Engineering Bhd yesterday "extended an invitation" to Sapura Holdings
Sdn Bhd to submit a final and detailed proposal to the company on its revised
restructuring scheme.
This will enable Time's board to decide soon, the company said in an announcement to the
Kuala Lumpur Stock Exchange.
"In the request to Sapura, it was made clear that the detailed proposal must be
comparable to the Scheme formulated by Time with Corporate Debt Restructuring Committee.
"The company also emphasised to Sapura the severe time constraints operating on the
Time Group for obtaining approval of the creditors to its own Scheme."
|
|