Denda Akta SC DotCom
Last Update:
10 May, 2000
| |
Perniagaan dotcom sukar dipertahan
Berita Harian
29 April 2000
Kejatuhan saham teknologi di bursa saham Amerika Syarikat Nasdaq sejak kebelakangan ini
menimbulkan tanda tanya sama ada ledakan syarikat berasaskan Internet atau dotcom masih
dapat dipertahankan atau sebaliknya.
Jika kita lihat daripada reaksi Jeff Bezos, pengasas kedai buku Internet, amazon.com, yang
rugi berbilion dolar Amerika dari nilai portfolionya berikutan kejatuhan Nasdaq, tidak ada
tanda bahawa perkembangan semasa membawa kegelisahan kepadanya. Beliau yang dikatakan
mudah tersenyum
Dilaporkan baru-baru ini masih ceria, meskipun nilai hartanya banyak terjejas. Bagi ..,
kejatuhan harga banyak saham dotcom memberi peluang kepada syarikat Internet yang kukuh
untuk terus menguasai pasaran. Sebab itu beliau masih mampu tersenyum meskipun kerugian
berbilion dolar.
Bagi sesetengah pihak pula, kejatuhan harga saham syarikat dotcom kebelakangan ini, hanya
membuktikan bahawa fenomena perniagaan berasaskan Internet hanyalah keghairahan sementara.
Tidak banyak bezanya seperti permainan hoola-hoop sebelum ini yang hilang dengan
pengedaran zaman.
Lantas itu ada yang menyatakan syarikat dotcom sudah dotdead atau memangnya dotcon dari
mulanya lagi. Bagaimanapun ada yang memberi penjelasan yang agak menarik mengapa fenomena
dotcom sebelum ini begitu mendapat perhatian dan kenapa ia kini merosot dengan mendadak.
Antaranya ialah, Marc Faber, pengarang The Gloom, Boom & Doom Report.
dalam satu artikel yang disiarkan oleh sebuah akhbar kewangan serantau, Faber cuba
menerangkan kenapa sebelum ini harga saham dotcom melonjak dan kenapa pula sekarang ia
merosot.
Bagi Faber keghairahan terhadap syarikat Internet yang ditempuhi baru-baru ini, hanyalah
buih pelaburan atau investment bubble terhadap perniagaan TMT (teknologi, media,
telekomunikasi). meskipun banyak mengaitkannya dengan kemunculan ekonomi baru, namun ia
hanyalah satu daripada banyak buih pelaburan yang telah dilalui sebelum ini.
Buih pelaburan bukanlah baru. ia muncul dari masa ke semasa. selalunya ia berkait dengan
perkembangan yang membawa perubahan mendadak yang sudah se mestinya membuka peluang bagi
usahawan untuk membuat keuntungan yang besar.
Perkembangan yang dimaksudkan mungkin berkait dengan teknologi baru, ledakan eksport,
penemuan bekalan sumber asli yang besar, atau pembukaan kawasan baru.
Faktor sama yang dikongsi oleh buih pelaburan ialah tahap ketidaktentuan yang tinggi
terhadap potensi keuntungannya.
Kalau pada abad ke-18 dan 19, banyak daripada buih pelaburan dikaitkan dengan pembukaan
kawasan baru atau penemuan bekalan baru sumber asli, pada abad ke-20 ia banyak berkaitan
dengan kemunculan teknologi seperti kemunculan kereta, jentera elektrik, peralatan
elektrik, telefon, kapal terbang, radio dan televisyen.
Dalam kemunculan teknologi baru pada abad ke-20, kereta api yang diperkenalkan pada abad
ke-19 (ia juga adalah buih pelaburan) dianggap pula sebagai perusahaan ekonomi lama
yang akan dipintas oleh syarikat ekonomi baru. Kemunculan ekonomi baru
itu akan tetap memperdaya usahawan dan pelabur sepanjang masa. Oleh kerana kapitalisme
memerlukan pencapaian keuntungan maksimum untuk berfungsi, ia juga membinasakan keuntungan
apabila keuntungan itu dikejar oleh semakin ramai orang.
Dengan itu apabila syarikat ekonomi baru berkembang dengan pesat, bahagiannya
semakin dikongsi oleh kian ramai peserta dan bahagian diperolehi oleh setiap orang akan
semakin kecil.
Sebagai contoh pada 1908, ada 500 syarikat pengeluar kereta di Amerika Syarikat.
Kebanyakannya tidak kedengaran lagi sekarang dan hanya tiga saja yang kekal beroperasi.
Begitu juga ceritanya dengan syarikat pengeluar radio, televisyen dan syarikat
penerbangan.
Berikutan itu dalam sesebuah buih pelaburan apa yang tidak dipertikaikan ialah potensi dan
impaknya untuk membawa perubahan kepada kehidupan kita. Apa yang selalu salah ditafsirkan
ialah potensi keuntungan yang boleh diraih daripadanya.
Oleh kerana terlalu ghairah mengejar keuntungan dalam ekonomi baru yang muncul, pasaran
selalunya menjadi kurang cermat dan menyediakan dasar kewangan yang agak longgar dan
kredit yang banyak untuk memuaskan keperluan pelabur. Berikutan itu, selagi kredit
berkenaan tersedia,
Selagi itu sesebuah buih pelaburan akan terus berkembang.
Bila pula ia meletup? Ramai yang berpendapat sesuatu buih pelaburan akan meletup apabila
kadar faedah meningkat.
Adakah keadaannya begitu? buih pelaburan adalah seperti lonjakan ekonomi. Dalam lonjakan
ekonomi, permintaan terhadap pinjaman meningkat kerana syarikat perlu memperkembangkan
pengeluaran masing-masing dan menambah pembelian barang
mentah. Dalam lonjakan harga aset, seperti di pasaran saham ,harga saham yang meningkat
memerlukan lebih banyak lagi wang baru untuk menyokong peningkatan harga yang berterusan.
dengan itu, kenaikan kadar faedah yang disebabkan oleh permintaan terhadap pinjaman yang
tinggi, hanyalah merupakan hasil sampingan daripada sesebuah buih pelaburan. Ia tidak
meletupkan buih itu, seperti pelabur di nasdaq sebelum ini.
Mereka tidak menghiraukan kenaikan kadar faedah yang meningkat seperempat daripada satu
peratus setiap kali Ia dinaikkan oleh rizab persekutuan Amerika. Apa nak dirisaukan
kenaikan kurang daripada satu peratus itu jika harga saham di nasdaq naik 100 peratus
setahun.
Berikutan itu apa yang meletupkan sesebuah buih pelaburan.
Hanya satu saja yang boleh meletupkannya, iaitu jika pelabur mula menanggung kerugian yang
ketara. Ketika itu pelabur akan mula berhati-hati dan pasaran saham tidak lagi mencapai
paras tinggi terbaru. Arah aliran meningkat mula dijejas dan bekalan saham mula melebihi
permintaan. Pelabur mula hilang keyakinan dan mula mengurangkan pelaburan mereka.
Bagi Faber ketidaktentuan di Nasdaq dan bursa lain kebelakangan ini hanyalah permulaan.
|
|