|
|
Dekad 1990-an sering dikatakan sebagai zaman globalisasi atau the age of globalization . Ini kerana pada dekad ini globalisasi ialah fenomena terpenting yang mencorakkan order baru ekonomi baru. Kegiatan ekonomi dunia tidak lagi terkongkong oleh sempadan geografi, bahasa, budaya dan ideologi politik sesebuah negara. Sebaliknya, sistem ekonomi bergerak secara lebih terbuka atas dasar gantung-bergantungan dan perlu-memerlukan antara negara. Dunia sudah menjadi sebuah planet yang tidak bersempadan (borderless) dan yang kaya dengan perbagai peluang dan cabaran dimanfaatkan oleh masyarakat sejagat. Mike Johnson (1995:14) mengatakan tentang globalisasi seperti berikut:
Alvin dan Heidi Toffler (1993:318-319) pernah menyatakan tentang globalisasi sebagai:
Penulis, seterusnya ingin membicarakan tentang beberapa aspek khusus yang dikaitkan dengan proses globalisasi. Aspek-aspek tersebut adalah ekonomi, teknologi , kebudayaan dan bahasa. 3.1 Ekonomi John Naisbitt dan Patricia Aburdene (1990:1) menyatakan tentang globalisasi ekonomi dalam tiga ungkapan berikut: "The economic forces of the world are surging across national borders, resulting in more democracy, more freedom, more trade, more opportunity, and greater prosperity." "In global economy, economic considerations almost always transcend political considerations." "In the global economy, presidents, prime ministers, and parliments are less and less important." Sementara itu Dr. Mahathir Mohamad ( dalam Malaysia : The Way Forward) perkara 4 hingga 6 menyatakan pandangan beliau tentang bentuk ekonomi di masa akan datang sebagai berikut: " Economic activities will be more global than they are today. This would mean that ownership of firms would be very much internationalized. These trends have the following implications on human resource development: first, every employable person has a choice of more than one place to work; second, there will be a universal fraternity of specialists and a tremendous demand for excellence and professionalism; third, the nature of work changes with new technologies and new culture; routine jobs will be performed by robots; and finally, labour trns-migration may take place on greater scale from developing to developed countries, attracted by higher salaries and other incentives.
Di samping perdagangan bebas, globalisasi ekonomi juga boleh dikaitkan dengan perkembangan syarikat-syarikat korporat di dunia. Syarikat-syarikat korporat juga menuju ke arah globalisasi. Menurut Moran dan Stripp (dalam Marquardt dan Engel, 1993: 87) ada 12 kekuatan luaran yang menyebabkan globalisasi korporat berlaku:
Kehidupan manusia di masa akan datang banyak bergantung kepada teknologi. Teknologi akan menjadi begitu canggih hinggakan komputer yang ada pada hari ini yang mempunyai sistem CAD-CAM akan menjadi peninggalan zaman batu di masa akan datang. Sektor industri dan sistem ekonomi akan menghadapi perubahan yang sangat drastik. Marquardt dan Engel (1993:295) menyatakan tentang globalisasi teknologi seperti berikut: "In the new millenium, every industrial country will have this same ‘hit parade’ of technology - microelectronics, biotechnology, new materials (ceramics, plastics, and composites), telecommunications, robotics and machines tools, and computers and software. The result will be global head-to-head competition in every major market." Mereka seterusnya memberi beberapa contoh teknologi yang akan berlaku di tempat bekerja di masa akan datang seperti berikut:
"The most fundamental difference we’ll see between information as we’ve know it and information in the future is that almost all information will be digital. … Some people think that the information highway - also called the interactive network - is simply the current version of the Internet or the delivery of hundreds of simultaneous channels of television. But today’s innovations are just the beggining. … during the next few years, governmentss, companies and individuals will make major decisions abaout the network. Its crucial that broad groups of people participate in the debate about how this technology should be shaped and how it will in turn shape society." Pada masa ini satu keadaan yang tidak pernah terfikir oleh kita tiga puluh tahun dulu telah berlaku. Kita tinjau satu keadaan sebagaimana yang digambarkan oleh Peter Drucker (1997) : "…How many of those people will in the future work at home is hotly debated. In the USA, about 4% of the work force in big organizations now works at home, with another 20% in small office clusters outside in the big cities. They have telephones, fax machines, closed-circuit television, and so there is no need for them to spend hours commuting into the big city in the morning, and hours going home." Begitulah globalisasi teknologi yang sedang dan akan berlaku di masa akan datang. Mike Johnson (1995:118) memberi ungkapan berikut : "Are you carrying a computer with you? Get used to the habit now, you’ll need it tomorrow." 3.3 Aspek Kebudayaan
3.3.1 Makanan
Seorang pereka pakaian yang terkenal dari Perancis, Oscar de la Renta, pernah menyatakan tentang globalisasi fesyen pakaian seperti berikut : "Fashion is international. You don’t recognize where a woman is from by the way she dresses." Antara jenis fesyen pakaian yang digemari di seluruh dunia adalah seperti : seluar Jean Levi, Pierre Cardin (pakaian perempuan), Yves Saint Laurent, pakaian sukan Esprit dan pakaian Laura Ashley. Bukan setakat pakaian tersebuat untuk dipakai tetapi di syarikat pengeluarannya juga terdiri daripada berbilang kaum dari negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat Esprit - di mana ketua grafiknya dari Jepun, juru gambarnya dari Itali, arkiteknya dari Perancis dan Itali. Sementara pereka-pereka pakaiannya terdiri daripada mereka yang berasal dari Jerman, Sweden, England, Belanda dan China. 3.3.3 Filem Filem Hollywood telahpun berada di merata negara di dunia. Bahkan filem tersebut telah menembusi pasaran di Itali, Belanda dan Denmark (50%), pasaran di Jepun (60%) dan di Britain (80%). 3.3.4 Muzik dan Hiburan Muzik Jazz dan disco telah menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland juga diadakan di negara di luar Amerika , seperti di Jepun dengan panggilan Tokyo Disneyland (1987) dan di Marne-la-Valle di Paris dengan panggilan Euro Disneyland (1992). 3.3.5 Penerbitan Terdapat beberapa jenis penerbitan yang dikenali di seluruh dunia, umpamanya:
Pada masa ini, Amerika telah mendominasikan siri-siri dalam televisyen di seluruh dunia. Dallas ditontoni di 98 buah negara. Sementara itu, 40% program televisyen di New Zealand datang dari Amerika. Mickey Mouse dan Donald Duck telah dialihbahasakan Mandarin setiap minggu di China. Sesame Street pula terdapat di 84 buah negara dalam tahun 1989.Begitulah kita dapat melihat sebahagian daripada globalisasi yang telah berlaku dalam aspek kebudayaan manusia di seluruh dunia hari ini. Di masa akan datang keadaannya memang dijangka akan lebih hebat lagi. 3.4 Aspek Bahasa Pada masa ini, bahasa Inggeris adalah alat yang penting untuk perhubungan secara global. Di bawah ini disenaraikan beberapa kenyataan tentang kepentingan bahasa Inggeris yang harus diambil perhatian:
4.0 Implikasi dan Kesan Globalisasi Ke Atas Pembangunan.Sumber Manusia Penulis akan membicarakan implikasi dan kesan globalisasi ke atas pembangunan sumber manusia berdasarkan aspek-aspek globalisasi yang telah dinyatakan diawal penulisan ini. 4.1 Ekonomi Dr. Mahathir Mohamad ( dalam ‘Malaysia : The Way Forward ) ada menyatakan tentang globalisasi ekonomi dan implikasi terhadap pembangunan sumber manusia seperti berikut: "4. Economic activities
will be more global than they are today.
Melihat pada implikasi globalisasi ekonomi terhadap pembangunan sumber manusia yang dinyatakan oleh perdana menteri tadi maka pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pembangunan Sumber manusia, hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu pihak sektor awam dan swasta dengan mengadakan peluang kepada para pekerja dilatih semula, ditambah pengetahuan dan kemahiran dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyaingi kerenah globalisasi ekonomi.Umpamanya, melatih pekerja dalam penggunaan dan penggendalian robotics untuk industri berat, mengwujudkan ‘organisasi belajar’, membangunkan tenaga buruh luar bandar bagi membolehkan mereka memasuki pasaran buruh yang semakin canggih dan berorientasikan teknologi dan mengambil pekerja wanita untuk menyertai proses pembangunan negara. 4.2 Teknologi Perkembangan teknologi yang begitu pesat pada masa ini di seluruh dunia memerlukan tindakan segera pembangunan sumber manusia untuk memberi latihan, pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi maklumat, robotik dan sebagainya. Dr. Mahathir Mohamad (dalam ‘Malaysia : The way Forward’) ada menyentuh tentang implikasi perkembangan maklumat sekarang seperti berikut : ". Information replaces energy as the main transforming resource. It adds value to products and services by increasing the efficiency of labour, materials and capital used. Information speeds the discovery of minerals and reduces the cost of their recovery. It facilitates the discovery of new materials, the development of new equipment and new processes." Meneliti secara mendalam kenyataan perdana menteri itu, pembangunan sumber manusia menjelang tahun 2000 akan mencapai nisbah tenaga manusia saintifik dan teknologi yang lebih tinggi daripada sekarang iaitu kira-kira 1000 bagi setiap sejuta penduduk di Malaysia . Pengetahuan dan kemahiran pula akan berorientasikan gabungan disiplin teknikal, statistik dan berasaskan komputer. Gabungan disiplin ini akan melengkapkan tenaga manusia masa hadapan untuk mengendalikan teknologi baru dan yang akan muncul seperti teknologi pembuatan berautomasi, bahan-bahan terbaru, bio-teknologi, elektronik dan teknologi maklumat. Di samping itu, kegiatan institusi pendidikan dan latihan akan ditumpukan ke arah menghasilkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan literasi komputer. Langkah kerajaan Malaysia membina Lebuh Raya Multi Media , Universiti Multi Media dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Berelektronik yang kita telah maklum sekarang adalah langkah yang bijak untuk persediaan tenaga manusia yang akan menggunakan teknologi maklumat dalam tugas-tugas harian dan juga dalam kehidupan seharian nanti. 4.3 Kebudayaan Kita telah mengetahui bahawa manusia di seluruh dunia sekarang hidup tanpa sempadan di mana mereka agak bebas untuk menggembara ke mana saja melalui apa saja jenis kenderaan. Di awal penulisan ini, penulis ada menyatakan tentang jumlah manusia yang menggunakan kapal terbang dalam masa setahun sekarang adalah 1 bilion! Oleh kerana manusia telah banyak berinteraksi antara satu sama lain dengan tidak menggira etnik, maka terdapat beberapa bentuk budaya hidup satu-satu masyarakat itu menjadi milik bersama (seperti yang penulis gambarkan dalam globalisasi kebudayaaa di awal penulisan ini). Masyarakat tidak lagi terkongkong atau fanatik dalam hal kebudayaan mereka. Keadaan seperti ini memberi implikasi dan kesan kepada pembangunan sumber manusia di mana usaha membina sebuah negara yang teguh dan bersatupadu bergantung kepada sumber manusia yang mempunyai nilai dan sikap positif yang bukan sahaja dapat diamalkan di tempat kerja tetapi juga dapat menggalak dan mempertahankan nilai masyarakat di luar persekitaran tempat kerja. Oleh yang demikian, guru dan pengajar yang merupakan barisan utama pembentuk tenaga kerja industri masa hadapan, akan diorientasikan semula untuk melengkapkan mereka bagi menghadapi cabaran-cabaran baru untuk memupuk nilai kejujuran, disiplin, ketepatan masa, kesedaran terhadap kos, dan kegigihan serta ketekunan. 4.4 Bahasa Kita telah mengetahui bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa pada masa ini dimana lebih 2 bilion penduduk dunia menggunakannya dalam pertuturan mahupun tulisan. Dalam arena perdagangan antarabangsa , bahasa Inggeris adalah bahasa utama yang digunakan dalam banyak hal yang yang berkaitan dengan aspek perdagangan. Umpamanya, barang-barang hasil kilang atau industri sesebuah negara akan ditulis "Made in …" (ruang kosong akan dicatat nama negara pengeluar atau pengilang). Oleh itu, tenaga manusia masa kini dan masa akan datang perlu mempunyai kebolehan berkomunikasi serta fasih berbahasa Inggeris sebagai bahasa kedua , khususnya untuk menyesuaikan diri dengan cepat kepada perubahan keperluan teknologi. Sehubungan dengan itu, kurikulum di sekolah akan terus diperbaiki, terutama di peringkat rendah dan menengah, manakala guru-guru akan dilengkapkan dengan kemahiran berkomunikasi. Sebenarnya masih banyak lagi perkara yang boleh dibicarakan tentang implikasi dan kesan globalisasi ke atas pembangunan sumber manusia. Memadailah apa yang telah penulis gambarkan dan bicarakan dalam penulisan seperti ini untuk membuka minda kita tentang apa yang sedang berlaku di persekiran hidup kita di dunia ini. 5.0 Kesimpulan Penulis ingin mengakhiri penulisan ini dengan memetik kata-kata Alvin dan Heidi Toffler (1993 : 318-319) tentang dunia hari ini : "We are witnessing, instead , the sudden eruption of a new civilization on the planet, carrying with it a knowledge-intensive way of creating wealth that is trisecting and transforming the entire global system today. Everything in that system is now mutating, from its basic components…to the way they interrelate…to the speed of their interactions…to the interests over which countries contend…to the kinds of wars that may result and which need to be prevented." Rujukan
|