Last Update:
10 May, 2000
| |
|
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPP)
Jenis perkhidmatan yang disediakan
 | Memproses permohonan pendaftaran pertubuhan dan penubuhan cawangan
- Makna Pertubuhan
Pertubuhan ialah persatuan, kelab atau badan-badan yang bergerak berasaskan keahlian mengandungi 7
orang ahli atau lebih serta mempunyai tujuan-tujuan teretntu sama ada kekal atau sementara.
- Bagaimana Menubuhkan Pertubuhan
 | Satu mesyuarat pertubuhan yang dihadiri oleh 7 orang atau lebih hendaklah diadakan.
 | Mesyuarat penubuhan tersebut hendaklah membuat ketetapan-ketetapan berikut :-
 | Bersetuju menubuhkan pertubuhan;
 | Meluluskan nama pertubuhan yang didaftarkan;
 | Meluluskan alamat pertubuhan yang hendak didaftarkan;
 | Melantik Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan untuk menguruskan pendaftaran pertubuhan;
 | Menyediakan/meluluskan Undang-undang Tubuh Pertubuhan yang hendak didaftarkan;
 | Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan pertubuhan serta keputusan terhadap ketetapan-ketetapan yang dibuat.
| | | | | |
| |
Cara-cara Memohon Pendaftaran Pertubuhan
Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut :-
 | Borang permohonan bernilai RM 1.00 sehelai (Borang I) (6 salinan)
 | Senarai Ahli Jawatankuasa Penaja (6 salinan)
 | Undang-undang Tubuh (6 salinan)
 | Lambang, bendera, lencana serta keterangan mengenai rekabentuk tersebut, jika ada (6 salinan)
 | Minit Mesyuarat penubuhan yang mencatatkan ketetapan yang dibuat (2 salinan)
 | Surat kebenaran menggunakan alamat tuanpunya alamat, jika berkenaan
 | Setem pos bernilai RM 30.00
| | | | | | |
Borang permohonan boleh didapati di Ibu Pejabat dan Jabatan-jabatan Negeri
Di mana Hendak Mendaftar Pertubuhan
Permohonan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di mana pertubuhan itu hendak diwujudkan.
 | Memproses permohonan penubuhan cawangan
- Undang-undang Dan Peraturan-peraturan yang Berkuatkuasa
 | Akta Pertubuhan, 1966
 | Peraturan-peraturan Pertubuhan, 1984
| |
Cawangan Pertubuhan
 | Pertubuhan yang berdaftar di bawah Sesyen 7 (1), Akta Pertubuhan, 1966 yang mana undang-undangnya
termaktub peruntukan penubuhan cawangan boleh menubuhkan cawangannya dengan terlebih dahulu memohon
kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 12 91), Akta Pertubuhan, 1966.
|
Cara Memohon Penubuhan Cawangan
 | Tiap-tiap permohonan untuk kebenaran menubuhkan cawangan hendaklah dibuat oleh pertubuhan itu.
 | Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut :-
 | Permohonan bernilai RM 1.00 sehelai, (Borang 5) yang disahkan dan ditandatangan oleh 2
orang pemegang jawatan utama pertubuhan ibu. (4 salinan)
 | Surat Kebenaran menggunakan alamat daripada majikan atau tuanpunya alamat
sekiranya menggunakan alamat pejabat, ladang atau bangunan. (2 salinan)
 | Setem pos bernilai RM 10.00
| | |
| |
Di mana hendak Memohon
Permohonan hendaklah dikemukakan terus kepada Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
 | Menerima dan menyemak Penyata Tahunan
- Penyata Tahunan Cawangan Pertubuhan
Wajib dikemukakan oleh cawangan melalui pertubuhan Ibu ke Jabatan Pendaftaran pertubuhan
setelah diluluskan oleh mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atau, jika tiada Mesyuarat Agung,
pada tiap-tiap tahun kalender. Penyata hendaklah benar dan lengkap serta mengandungi
maklumat-maklumat berikut :-
 | Borang 9 (2 salinan)
 | Senarai pemegang-pemegang jawatan utama dan nama ahli-ahli jawatankuasa
 | Minit Mesyuarat Agung cawangan
 | Penyata penerimaan dan pembayaran serta Kunci Kira-kira bagi tahun tutup kira-kira (2 salinan)
 | Butir-butir mengenai harta takalih yang dipunyai oleh cawangan, jika ada (2 salinan)
| | | | |
 | Memproses Permohonan Pindaan Undang-undang
- Pindaan Undang-undang
Di bawah Seksyen 11, Akta Pertubuhan 1966, setiap pertubuhan yang berdaftar dikehendaki mendapatkan
kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu tentang sebarang pindaan yang melibatkan nama, alamat
serta undang-undang berdaftarnya.
- Ciri-ciri Pindaan Undang-undang
 | Penukaran nama pertubuhan/cawangan pertubuhan (dengan syarat penukaran ini tidak mengubah corak
dan jenis pertubuhan daripada bentuk asalnya.
 | Penukaran alamat tempat urusan atau alamat pos pertubuhan/cawangan pertubuhan.
 | Pindaan ke atas peruntukan atau sebahagian daripada peruntukan di dalam undang-undang pertubuhan.
 | Pendaftaran undang-undang baru pertubuhan bagi menggantikan undang-undang yang telah berdaftar.
 | Kebenaran menggunakan bendera, lambang, tanda atau lencana pertubuhan.
| | | | |
Syarat-syarat Pindaan Undang-undang
 | Setiap pindaan berdaftar hendaklah diluluskan di dalam mesyuarat agung tahunan atau
mesyuarat agung khasatau sepertimana yang diperuntukkan di dalam undang-undang berdaftarnya.
 | Setiap permohonan pindaan undang-undang hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan/Penolong-penolong
Pendaftar Pertubuhan di negeri-negeri sebelum tamat tempoh 28 hari dari tarikh keputusan mesyuarat
agung atau mesyuarat lain yang meluluskan pindaan.
| |
Cara Membuat Permohonan
Di mana Hendak Mendaftar
Permohonan untuk mendaftarkan pindaan undang-undang hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
di negeri-negeri di mana pertubuhan di daftarkan.
 | Memproses permohonan maklumat/carian
Bayaran yang berikut hendaklah dibayar berkenaan dengan hal-hal yang tersebut dalam akta dan dalam peraturan-peraturan ini.
 | Mengenai apa-apa permohonan di bawah seksyen 6 Akta bagi pendaftaran sesuatu pertubuhan - RM 30.00
 | Bagi mengeluarkan perakuan pengesahan di bawah Seksyen 9 (b) Akta atau bagi mendaftarkan seseorang anggota
sesuatu pertubuhan sebagai pegawai awam di bawah Seksyen 9 (c) Akta - RM 10.00
 | Mengenai apa-apa permohonan di bawah seksyen 11 (1) Akta untuk kelulusan bagi apa-apa penukaran nama
atau tempat urusan atau bagi sesuatu pindaan kepada kaedah-kaedah sesuatu pertubuhan berdaftar - RM 10.00
 | Mengenai apa-apa permohonan di bawah Seksyen 12 Akta untuk kelulusan bagi menubuhkan sesuatu cawangan
pertubuhan (peraturan 7) - RM 10.00
 | Mengenai apa-apa permohonan untuk suatu salinan diperakui mana-mana dokumen yang diberi kepada sesuatu
pertubuhan oleh Pendaftar - RM 10.00 (bagi tiap-tiap salinan)
 | Mengenai apa-apa permohonan di bawah Seksyen 6 Akta bagi pendaftaran sesuatu pertubuhan - RM 30.00
| | | | | |
| | | | |
|
[ induk | perutusan | profail | organisasi ]
[ meja bantuan | berita KDN | buku pelawat | cari ]
|