Abolish th IMF Indon & IMF Pembetulan Dollar Egypt & Iraq Trade WTO failure
Last Update:
10 May, 2000
| |
Pembetulan dolar mungkin tekan nilai
ringgit
17 April 2000
Berita Harian
Ringgit Malaysia berada di bawah nilai dan mungkin menghadapi tekanan terutama jika
dolar Amerika membuat pembetulan ke bawah berbanding mata wang utama lain, kata pegawai
kanan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) di Washington, semalam.
Laporan IMF terbaru berkaitan tukaran asing menyatakan, disebabkan susut nilai ketara baht
dan ringgit, berbanding tempoh sebelum krisis kewangan Asia, dan juga lebihan akaun semasa
yang tinggi bagi Thailand dan Malaysia, berkemungkinan menyebabkan kadar tukaran asing
negara-negara itu terdedah kepada tekanan ke atas, terutamanya jika dolar Amerika membuat
pembetulan ke bawah berbanding euro atau yen Jepun.
Filipina, Indonesia dan Korea mungkin juga berada dalam keadaan yang sama, demikian
menurut laporan itu yang bertajuk Regim Tukaran Asing Dalam Integrasi Dunia Yang Kian
Meningkat.
Tentangan terhadap tekanan ke atas kadar tukaran dengan tujuan mengekalkan daya saing
eksport boleh menjadi mahal jika kadar faedah tempatan meningkat di atas kadar
faedah pasaran dunia.
Tiada had yang jelas bagi simpanan yang perlu diperolehi oleh sesebuah negara dalam usaha
menghalang susut nilai kadar tukaran asing, katanya.
Sementara itu, bekas ketua ekonomi Bank Dunia Joseph E Stiglitz, berkata dalam Business
Week bahawa IMF menggunakan analisis ekonomi yang tidak sesuai semasa krisis kewangan
Asia.
Sesiapa yang mempelajari Ekonomi 101 akan menjangkakan akan berlaku kemelesetan di
negara-negara yang mengalami krisis. Dalam hal itu anda perlu meluaskan perbelanjaan
kerajaan tetapi IMF mahukan penguncupan fiskal. Ia juga membantu kenaikan kadar faedah ke
tahap yang tinggi.
Mereka menumpukan kepada inflasi di tengah-tengah kemelesetan, kata Stiglitz.
Dasar IMF sebenarnya menyumbang kepada melemahkan mata wang negara-negara yang menghadapi
krisis kewangan, katanya.
Stiglitz berkata IMF harus dihadkan kepada menangani krisis, dan mereka perlu melaksanakan
matlamat asal penubuhannya.
Beliau berkata syarat yang dikenakan oleh IMF kepada peminjam juga tidak produktif -
mereka (IMF) mempunyai falsafah ekonomi yang salah.
Stiglitz yang dikenali dengan pendapat yang berterus terang juga menyelar dasar IMF di
Russia. Akibat daripada dasar itu lebih daripada 50 peratus rakyat menjadi miskin di
negara itu berbanding hanya dua peratus, 10 tahun lalu. -Bernama |
|