Pandangan lain
Home ] Fokus ] Komentar ] Interest ] Arkib ] Maklumbalas ]  [Frame]




Last Update:
10 May, 2000

From:    aiini
Sent:    Tuesday, October 05, 1999 7:29 PM
To:    egroups.com
Subject:Re: Takaful.....ada jawaban??

disertakan artikel bersiri dari seorang agen takaful

--------------------- 1 ------------------

From: <Zaidon>
Subject: Tahukah Anda ?
Date sent: Thu, 13 May 1999 10:41:41 -0700
Send reply to: "Ahmad Zaidon Rais" <zaidon@fka.utm.my>

Jawatankuasa Fatwa , Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan, dalam
mesyuarat pada 15 Jun 1972,
memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana dijalankan oelh syarikat insuran
yang ada pada hari ini adalah suatu muamalat yang fasid kerana tidak sesuai
dengan prinsip Islam dari segi aqadnya, kerana mengandungi unsur yang tidak
Islamik; yang mana hukumnya menurut Islam adalah HARAM.

Selain itu, Akademi Feqah Islam (Majmak Fiqh) yang mana anggotanya terdiri
daripada ulama' dari seluruh dunia Islam termasuk Malaysia dan diasaskan
dibawah Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dalam mesyuaratnya
di Jeddah pada 22-28 Disember 1995 memutuskan selepas mengkaji semua
jenis dan bentuk insurans, bahawa kontrak perniagaan insurans yang
disediakan oleh syarikat insurans mengandungi unsur yang membawa kepada
fasid.

petikan dari :
http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab175.htm

Zaidon


---------------ke 2 -------------
From: <Zaidon>
Subject: Re: Tahukah anda ?
Date sent: Thu, 13 May 1999 10:48:29 -0700
Send reply to: "Ahmad Zaidon Rais" <zaidon@fka.utm.my>


Terdapat dua buah syarikat TAKAFUL berlesen yang sedang beroperasi di
Malaysia

1. Syarikat Takaful Malaysia Sdn Bhd (Milik Bank Islam)
2. Takaful Nasional Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai MNI Takaful Sdn Bhd)

zaidon

disamping saudara menggunakan service ini.. saudara juga sebenarnya
membuat kebajikan menderma.. dapat saham untuk akhirat.


Skim Takaful yang boleh disertai melalui saya adalah

1. Takaful Kenderaan
2. Takaful Keluarga (seperti life insurance)
3. Takaful Pendidikan
4. Takaful Perubatan
5. Takaful Kemalangan Diri dan banyak lagi !!!!!!

Wassalam.


------------------- k e 3 -----------------
From: <Zaidon>
Subject: 3) Tahukah anda ?
Date sent: Fri, 14 May 1999 16:44:07 -0700
Send reply to: "Ahmad Zaidon Rais" <zaidon@fka.utm.my>

Mengapa Insurans Haram ?

Mengikut kajian para ulama dan fukaha, amalan-amalan yang berlaku di dalam
urusan insurans banyak bercanggah dengan syariah. Percanggahan tersebut
adalah :

1. Gharar
2. Maisir
3. Riba
4. Ketidak Adilan


......... bersambung


Zaidon


From: <Zaidon>
Subject: 4) Tahukah anda ?
Date sent: Mon, 17 May 1999 12:46:08 -0700
Send reply to: "Ahmad Zaidon Rais" <zaidon@fka.utm.my>

Gharar bermaksud ketiadaan jelas kedudukan sesuatu perkara. Di dalam urusan
jualbeli, gharar terjadi bila seseorang membeli atau menjual sesuatu barang
yang tidak pasti atau yang belum tentu.

Di dalam insuran, gharar dikaitkan dengan :

a) apakah yang diakadkan ke atasnya.
b) ketentuan bagaimana dan dari mana pampasan akan dibayar
c) pengelolaan sumbangan, iaitu cara mana ia dikendalikan


......bersambung



From: <Zaidon>
Subject: 5) Tahukah anda ?
Date sent: Tue, 18 May 1999 10:17:00 -0700
Send reply to: "Ahmad Zaidon Rais" <zaidon@fka.utm.my>

Maisir bermaksud perjudian. Semua perniagaan di mana keuntungan didapati
secara agakan dan dugaan dan bukan dari usaha bekerja disebut sebagai
maisir.

Di dalam insuran, maisir dikaitkan dengan seseorang itu memperjudikan
sesuatu benda atau nyawa. Sesuatu polisi insuran dibeli daripada syarikat
untuk mendapatkan bayaran pampasan.

.... bersambung

Send reply to: "Ahmad Zaidon Rais" <zaidon@fka.utm.my>
From: <Zaidon>
Subject: 6) Tahukah anda ?
Date sent: Fri, 21 May 1999 11:31:05 -0700

Riba sudah dinasskan dengan jelas dan berulang kali di dalam Al Quran dan
hadis sebagai haram. Sesiapa yang sudah terlibat dengan riba diperintahkan
supaya bertaubat dan meninggalkannya.

Di dalam insuran, riba dikaitkan dengan aktiviti pelaburannya. Wang yang
dikumpulkan dari pembeli polisi insuran dikendalikan dan dilaburkan kepada
kegiatan yang bersangkutan dengan riba.



...... bersambung


From: <Zaidon>
Subject: 7) Tahukah anda ?
Date sent: Fri, 21 May 1999 14:21:51 -0700
Send reply to: "Ahmad Zaidon Rais" <zaidon@fka.utm.my>

Ketidakadilan ada berlaku di dalam kontrak insuran misalnya jika seseorang
itu menamatkan kontraknya sebelum tempoh masa tertentu, duit sumbangannya
tidak akan dikembalikan.

Ada juga beberapa polisi insuran yang menetapkan jika pembeli polisi itu
meninggal di dalam tahun pertama, maka hanya separuh sahaja dari wang
perlindungan yang dibayar.

Banyak lagi amalan yang tidak adil yang hanya memihak kepada syarikat
insuran dan tidak selaras dengan syariah.



.... bersambung


From: <Zaidon>
Subject: 8) Tahukah anda ?
Date sent: Tue, 1 Jun 1999 10:03:17 -0700
Send reply to: "Ahmad Zaidon Rais" <zaidon@fka.utm.my>

Maksud Takaful ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan
tolong menolong antara satu sama lain. Ini bertepatan dengan hadis
Rasullullah S.A.W. yang bermaksud,

" Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah, bahawa sesiapa pun tidak akan
masuk syurga kalau tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit
", .... hadis riwayat Ahmad


From: <Zaidon>
Subject: 9) Tahukah anda ?
Date sent: Thu, 3 Jun 1999 09:39:18 -0700
Send reply to: "Ahmad Zaidon Rais" <zaidon@fka.utm.my>

Konsep kerjasama atau bantu membantu amat dituntut oleh Islam dalam usaha
kepada perkara-perkara kebaikan dan kebajikan.

Dalam Takaful, konsep ini dipersetujui oleh para peserta. Semangat kerjasama
atau bantu membantu ini digambarkan dengan niat penyertaan peserta di mana
sebahagian atau keseluruhan sumbangan takaful dikumpulkan secara kolektif ke
dalam akaun atau tabung yang akan digunakan bagi tujuan membantu
peserta-peserta yang ditimpa malapetaka.

Ini akan mewujudkan tali persaudaraan dan ukhuwah di antara masyarakat tanpa
mengira darjat dan pangkat. Dengan itu masyarakat sentiasa berada dalam
keharmonian dan kesejahteraan.


From: <Zaidon>
Subject: 10) Tahukah anda ?
Date sent: Fri, 4 Jun 1999 11:01:30 -0700


Tujuan Takaful

* menjaga kebajikan sosial
* mengwujudkan keharmonian sosial
* sebagai saluran/alat sosial dimana "orang ramai yang bernasib baik
dapat membantu sebilangan orang yang kurang bernasib baik"


Ciri-Cir Takaful

* tiada unsur riba'
* tiada unsur maisir (judi)
* tiada unsur gharar
* ada perkongsian untung (Al Mudharabah)


From: <Zaidon>
Subject: 11) Tahukah anda ?
Date sent: Tue, 8 Jun 1999 09:18:17 -0700
Send reply to: "Ahmad Zaidon Rais" <zaidon@fka.utm.my>

Konsep Al Mudharabah

* mudharabah bermaksud perkongsian untung
* dalam mudharabah, nisbah ditentukan tetapi nilai tidak ditentukan, ia
bergantung kepada keuntungan
* pengiraan dibuat bermula dari tarikh sumbangan dibuat
* mudharabah dibenarkan oleh agama
* mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana
syarikat tidak wajib memberitahu peserta di mana pelaburan dibuat.
* mudharabah berbeza dengan musyarakah (joint venture) di mana kedua-dua
pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat
* mudharabah adalah penganti dividen atau kadar faedah/bunga



-------------- tamat -------------





----Original Message Follows----
From: Abu A Luqman
To: egroups.com
Subject: Takaful.....ada jawaban??
Date: Mon, 4 Oct 1999 15:12:40 +0800

asm wrt wbt.

Ingin bertanya sekiranya ada dikalangan rakan yg ada xtra pengentahuan atau
info
mengenai permasalahan takaful.
Atau ada fatwa mengenainya.
sebagaimana yg kita ketahui secara umum - takaful adal sinonim pada insuran.
Dan yg jelas /dibolehkan hy pada kenderaan 3rd party.
Sekarang ni....terutamnya takaful ,terminology insuran nyawa tidak digunakan
lagi
perhaps utk mengabui mata.
Keduanya ada akad dan ?keuntungan dlm bentuk mudhrabah.

Furthermore macam saya ni yg berkaitan terus dgn pesakit dan rawatan
hospital.
Ramai yg datang bertanya ttg takaful/insuran hospital plan yg 'menjamin'
mereka
dari segi bayaran rawatan/hospital yg kian meningkat ( perhaps bila
diswastakan?)
Bila mereka didatangi oleh penjual, mereka tak blh buat keputusan, dan bila
tanya
local ustaz dpt jawapan yg 'vague' (perhaps, ust tu pun tak ada info
mendalam ttg takaful)
dan akhirnya mereka turn pd dr utk mendapat jawapan.Sebab dr yg memberi
rawatan dan
mencadang utk rawatan terbaik (ttpi kos meningkat)

Setakat yg saya ketahui as long as kita menyandarkan 'nasib' atau 'masa
depan' kita
pada sesuatu adalah jelas haram hukumnya.
Perhaps rakan yg lain ada pengetahuan yg lain.

p/s dikatakan juga ada sdr 'bulan' ada sistem takafu tersendiri? Ada komen?

wslm
bbs

Home Up